Tertuduh Abdul Jamal Ahmad didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian ke atas Nur Diyanah Harris pada 3 April lalu di No 12A Lintang Kampung Masjid 3, Teluk Kumbar antara 9 pagi hingga 5 petang.
Jamal didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati. Tiada jaminan ditawarkan, tertuduh boleh membuat rayuan di Mahkamah Tinggi.
Ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Fadrina Zulkhairi, tertuduh mengangguk faham dan tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh.
Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 13 Julai hadapan sementara menunggu laporan bedah siasat selesai.