“Dia tidak mengantuk, sebaliknya cuba mengelak sesuatu di tengah jalan, tetapu saya tidak pasti apakah objek itu.” Itulah apa yang dijelaskan oleh bapa kepada Muhammad Syafiq iaitu Ahmad Ibrahim.
Penjelasan ini juga menepis dakwaan segelintir netizen yang mengatakan Syafiq mungkin terlelap ketika sedang memandu sehingga hilang kawalan ketika memantu kenderaan jenis Toyota Vellfire.
Syafiq yang merupakan penyerang muda Johor Darul Ta’zim (JDT) kehilangan bayi lelaki berusia 22 hari, Muhammad Aisy Saqeef, ibu mertuanya, Zainan Wahab,45 dan wanita warga Indonesia, Titik Sukamti.
Saya tidak tahu mengenai kepulangan Syafiq ke rumah mertuanya sehingga menerima panggilan telefon berhubung kemalangan itu kira-kira pukul 4.10 pagi.
Ketika menerima panggilan, saya keliru kerana ketiga-tiga anak (yang tinggal bersamanya di Bayan Lepas dekat sini) ada di rumah ketika itu.
Saya sangat terkejut apabila diberitahu Syafiq yang sebenarnya ditimpa kemalangan kerana saya tidak tahu dia sekeluarga dalam perjalanan pulang ke Pendang, Kedah. – Kata bapanya.
Bapanya turut memaklumkan Syafiq biasanya pulang ke kampung dengan menaiki pesawat. Tapi takdir kali ini syafiq buat keputusan untuk memandu kereta sendiri.
Semoga Syafiq terus kuat dan semoga isteri yang sedang dirawat cepat sembuh.