— MALAYSIA MOST VIRALL (@MALAYSIAVIRALL) June 30, 2022
Disaat kenderaan lain sedang menghadapi kesesakan lalu lintas, wanita yang tenang berjalan itu secara tiba-tiba berhenti dan telah mengakibatkan seorang penunggang motosikal hilang kawalan sebelum terbabas.
Tindakan wanita itu yang meneruskan perjalanannya tanpa menghiraukan penunggang motosikal itu mengundang kemarahan netizen.
Kesian pada si mangsa
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen berang dengan tindakan wanita itu dan bersimpati dengan keadaan penunggang motosikal yang menjadi mangsa keadaan.
Amboi kak, tenangnya berjalan sampai jadi punca penunggang motosikal tu kemalangan. Harap-harap tindakan tegas diambil terhadap tindakan akak tu yang membahayakan pengguna jalan raya yang lain.