Menerusi rakaman viral itu, wanita terbabit dilihat berdepan dengan pekerja kedai serbaneka yang didakwa membuat tuduhan melulu terhadap anaknya.
Wanita ini berkata anaknya balik ke rumah dalam keadaan menangis mengatakan dia telah dituduh mencuri. Sebagai seorang ibu, dia berasa marah dengan tuduhan tersebut dan meminta pekerja kedai meminta maaf dengan anak.
Di ruangan komen, rata-rata menganggap wanita itu bertindak tanpa mendengar penjelasan daripada kedua-dua belah pihak terlebih dahulu.
Malah, tindakan anaknya mengamuk membuang barang-barang dan menendang kaunter mendapat respon kurang senang netizen.
Video tular:
Tak sekarang ni geram pulak aku tengok anak dia baling baling barang kedai and tendang tendang kaunter. pic.twitter.com/3sItDr5Nzx