Siapa tak kenal dengan Aisar Khaled yang seringkali terpalit dengan pelbagai isu sehingga menjadi bualan dalam kalangan netizen. Setiap videonya pasti akan mendapat pelbagai respon negatif dari netizen selepas Aisar dilihat akan lakukan apa sahaja demi content di TikToknya.
Kalau sebelum ini cabaran duit raya sebanyak RM1 ribu yang dibuat Aisar mendapat kecaman netizen selepas pemenang cabaran itu dikatakan adalah saudara kepada Aisar sendiri, kini Aisar kembali ‘bikin’ hal yang mengundang respon negatif netizen.
Menerusi video yang dikongsi @maderbell93 di TikTok, dapat dilihat Aisar Khaled berjalan di tengah jalan di ibu kota semata-mata ingin menghasilkan ‘content’.
Aisar yang mengenakan sut berwarna merah dilihat berjalan dengan penuh bergaya sebelum dengan secara tiba-tibanya terjatuh di tengah jalan.
Menerusi video tersebut juga dapat dilihat bahawa kenderaan di sekelilingnya membunyikan kenderaan melihat aksi Youtuber itu.
Netizen pula yang malu
Macam-macam gaya dan cara akan dibuat sekarang ni semata-mata demi ‘content’. Asalkan awak bahagia lah ye Aisar.