Setiap orang pasti mengimpikan rumah yang besar dan cantik bagi keselesaan hidup bersama keluarga. Ada yang merealisasikan impian mereka itu dengan membeli sebuah rumah yang baru dan ada juga yang mengubah suai rumah mereka sedia ada.
Baru-baru ini tular beberapa keping gambar yang dimuatnaik di media sosial menunjukkan rumah flat di beberapa kawasan di ibu kota yang diubah suai oleh penghuninya.
Biasa org kawasan rumah flat ni tingkat bawah je curi tanah renovate sambung rumah. Ni siap rumah yg tingkat 2 pun sambung rumah jugak.
— MALAYSIA MOST VIRALL (@MALAYSIAVIRALL) May 25, 2022
Isu ini menjadi bualan dalam kalangan netizen yang mengatakan bahawa tindakan penghuni rumah flat itu untuk mengubah suai rumah mereka adalah tindakan yang tidak dibenarkan.
Ini kerana, seperti yang kita tahu penduduk bagi rumah flat tidak dibenarkan sama sekali bagi membuat pengubahsuaian dengan menambah dinding tambahan di rumah mereka.
Rumah dirobohkan pihak berkuasa
Tular di TikTok, satu video yang dimuatnaik pengguna Ahmad Safwan yang menunjukkan sebuah rumah flat yang sedang dalam proses pengubahsuaian.
Menerusi video yang dikongsikan itu, dapat dilihat rumah yang masih dalam proses pengubahsuaian itu dirobohkan oleh pihak berkuasa.
Habislah rumah sebelah
Video yang dikongsikan itu turut mendapat respon dari netizen. Rata-rata mereka menyelar tindakan penghuni itu beserta jirannya yang bertindak mengubah suai kawasan rumah flat yang dihuni mereka.
Lain kali kaji dulu tentang perkara ini, tak pasal-pasal dah dirobohkan pihak berkuasa.