Dalam beberapa ketika, sumber air bersih di negeri Cik Siti Wan Kembang itu dilihat seakan tidak cukup bersih untuk digunakan penduduk sebagai kegunaan harian mereka.
Dah macam kuah kacang
Baru-baru ini, tular di Twitter beberapa keping gambar yang dipercayai merupakan keadaan tangki air yang dihadapi penduduk di negeri Kelantan.
mcm sekali tangki air, elok sangatlah PRU15 kerajaan Kelantan tu ditukar, benda asas keperluan rakyat ko culas pic.twitter.com/Bky7HJqtqa
Ciapan dibuat pengguna yang menggunakan nama @lelarentaka2021 itu mendatangkan rasa jijik dan geli dalam kalangan warganet sehingga ada yang menyamakan keadaan tangki air itu dengan juadah makanan seperti kuah kacang dan gulai daging.
Netizen kecewa
Perkongsian di Twitter itu mendapat respon dari netizen. Rata-rata mereka berasa kecewa dengan pihak bertanggungjawab yang seakan bersikap sambalewa dalam menjaga kebajikan dan kesejahteraan masyarakat.