Connect with us

Oh! Media

Cikgu Mohd Fadli Salleh Ambil Keputusan Bersara Awal, Ada Sebab Terpaksa Undur Diri

Cikgu Mohd Fadli

Trending

Cikgu Mohd Fadli Salleh Ambil Keputusan Bersara Awal, Ada Sebab Terpaksa Undur Diri

Siapa tak kenal dengan Cikgu Mohd Fadli Salleh yang lantang bersuara isu pendidikan di Malaysia. Antara isu yang diperjuangkan beliau ialah beg sekolah berat, jadual waktu kelas yang padat, pemakaian kasut sekolah hitam, harga makanan di kantin mahal dan banyak lagi.

Memang Cikgu Mohd Fadli menjadi perhatian masyarakat kerana banyak membantu ibu bapa dan guru-guru meluahkan isi hati mereka.

Cikgu Mohd Fadli memilih bersara awal

Terbaru, beliau secara rasmi telah memilih untuk bersara awal daripada berkhidmat di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

IKLAN
Cikgu Fadli
Mohd fadli

Difahamkan, beliau sudah 18 tahun menabur bakti mendidik anak murid bermula di SK Mambang, Pekan Pahang pada 2006 dan tamat di SK 1 Gombak pada Februari 2023.

Cikgu bersara
Cikgu Mohd Fadli

Menjelaskan kekeliruan, beliau berkata keputusan bersara ini bukanlah kerana kecewa dengan KPM sebaliknya dia terlalu menyayangi organisasi itu.

Cuma adab Melayu, bila bertandang ke rumah orang, tidak molek kita membuat onar sesuka hati.

Saya tak mahu jadi tetamu yang biadab terhadap tuan rumah yang baik hati. Kerana kasih dan menghormati tuan rumah saya undur diri.

Bagi yang kecewa dengan keputusan tersebut, Cikgu Mohd Fadli berkata dia akan sentiasa bersuara dan berada dalam bidang pendidikan cuma berbeza haluan sahaja.

All the best Cikgu Mohd Fadli!

Kredit: Facebook Mohd Fadli Salleh

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Oh! Media
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas