Oh! Artis
Cik Epal Dan Jofliam Sah Bercerai Selepas 10 Tahun Bersama
Akhirnya isu rumah tangga antara pempengaruh, Jofliam dan isterinya Cik Epal terjawab apabila status mereka berdua kini bukan lagi suami isteri.
Perkara itu disahkan oleh Cik Epal di Instagram dan beliau yakin setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya.

10 tahun hidup bersama. Sudah tertulis jodoh sampai di sini sahaja.
Aku sah bercerai dengan dia atas izin-Nya.
Terima kasih untuk segalanya. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Walaupon akhirnya tak bersama, itu tak bermakna semua kenangan itu sia-sia.
Cik Epal juga memaklumkan dekat dunia ini tiada apa milik kita. Menurutnya Kita hanya mampu merancang tetapi Allah tahu apa yang terbaik.

Ingat Oppa Sweet Macam Dalam K-Drama? Aisyah Bongkar Realiti Sebenar Di Korea! | Oh! Podcast Ep 18
OH! MEDIA 29/10/2025 3:17 PM