Oh! Artis

Puteri Sarah Dan Syamsul Yusof Capai Kata Sepakat Untuk Berpisah Dengan Tenang, Sempat Berbuka Puasa Bersama

Published on

Akhirnya pasangan Puteri Sarah dan Syamsul Yusof bersetuju untuk bercerai dan mengakhiri konflik rumah tangga mereka pada 18 April 2023.

Puteri Sarah memaklumkan kata sepakat itu berjaya dicapai dalam keadaan yang tenang dan mereka bersetuju untuk berjumpa dan berbuka puasa pada Ahad, semalam.

Saya rasa lebih tenang dan boleh fikir meneruskan kehidupan. Selama ini pun saya hanya mahu kes kami selesai.

Dengan kehadiran bulan Ramadhan, Puteri Sarah menyifatkan hatinya lebih terbuka untuk berjumpa dengan suaminya dan menyelesaikan masalah dengan cara yang baik.

Kedua-dua belah pihak akur dengan menerima segala keputusan dan tidak mahu bermusuh di antara mereka lagi.

Kredit: beautifulnara

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Exit mobile version