Seorang peniaga meluahkan rasa kecewa apabila dianiaya pelanggan yang membuat tempahan berbuka puasa tetapi tidak muncul.
BACA: ‘Paksa’ Abang GrabFood Berbuka Puasa Bersama, Netizen Sebak Dengan Tindakan Lelaki Ini
Pemilik Restoran Maggi Ketam Power bernama Nor Fazilah berkata, pelanggan bernama Ayu membuat tempahan untuk 9 orang.
Berdasarkan video yang dimuat naik di TikTok, pihak restoran telah menyiapkan hidangan seperti mana ditempah namun malangnya Ayu dan rakan-rakan tidak datang. Malah panggilan daripada pihak restoran juga tidak dijawab.
Call sampai sudah tak angkat. Bulan-bulan mulia pun sanggup menipu.
Meluahkan rasa sedih, wanita ini berkata pelanggan boleh je cancel order sebelum mereka masak jika tak jadi datang. Tetapi janganlah menganiaya restoran kerana mereka juga ‘struggle’ untuk meneruskan perniagaan.
Di ruangan komen, ramai yang bersimpati dan offer untuk bayar kos kerugian tersebut. Mereka juga menasihati pemilik kedai ambil deposit sekurang-kurangnya RM50 untuk elak perkara begini berulang.
Kredit: TikTok Nor Fazilah
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.