Rasanya semua tahu yang sekarang ni bekalan ayam sangatlah terhad. Kalau nampak je ayam dekat pasar, mesti tak fikir panjang dan terus ambik jer sebab takut habis!
Menerusi laporan Kosmo, caj RM1.50 untuk memotong seekor ayam terpaksa dikenakan buat para pembeli di Pasar Awam sebagai cara menampung kos pengeluaran yang terpaksa ditanggung oleh penjual.
Pendapatan terjejas, tak balik modal langsung
Menurut Fazliana Abdul Hamid, seorang peniaga ayam, caj RM1.50 itu dikenakan kerana sejak bulan puasa lagi bekalan ayam sudah berkurangan dan menyebabkan pendapatannya terjejas.
Memang terpaksa buat caj memotong ayam. Sebab kalau diikutkan memang tak balik modal langsung.
Modal yang kami keluarkan untuk beli seekor ayam dengan penternak RM9.10 sekilogram (kg), manakala harga siling yang ditetapkan sehingga 15 Jun ini adalah RM8.90 per kg.
Beberapa ladang juga telah menghentikan operasi di ladang akibat dari pengeluaran bekalan ayam sangat terhad sejak awal bulan lagi.
Dengan bekalan ayam yang semakin terhad, bukan sahaja pengusaha ayam yang terjejas, tetapi pekerja juga terjejas. Jika pihak atasan tidak memainkan peranan terhadap isu ini, masalah akan berlarutan dan menjejaskan semua pihak.