Tular satu video di media sosial selepas seorang lelaki mendakwa lagu raya ‘Sesuci Lebaran’ dendangan Dato’ Sri Siti Nurhaliza sebagai sebuah lagu yang toksik. Lelaki berkenaan mendakwa bait lirik ‘bantulah miskin hina’ itu seakan menghina golongan miskin.
Namun video yang dimuat naik lelaki tersebut telah dipadam selepas mendapat kecaman dari warganet.
BACA: Dakwa Lirik Sesuci Lebaran Toksik, Lelaki Ini ‘Disekolahkan’ Warga Twitter
Fedtri Yahya beri penjelasan
Susulan daripada itu, pengacara serta penulis lirik terkenal, Fedtri Yahya tampil memberikan penjelasan mengenai makna bait lirik ‘ miskin hina ‘ dalam lagu Sesuci Lebaran.
Menerusi satu video yang dimuat naik di TikTok, Fedtri menjelaskan bahawa miskin hina itu tidak bermaksud kita menghina orang miskin tetapi ia hanya perkataan yang menunjukkan bahawa miskin itu taraf lebih rendah dari kaya.
Bukan bermaksud kita hina, kutuk, ‘insult’. Itu bukan ya, Tapi menunjukkan bahawa merendahkan diri dan status sosialnya.
Dalam doa pun kita digalakan untuk menghinakan diri kepada Allah, bermaksud kita rendahkan diri kita untuk memohon sesuatu yang terbaik, Hidayah ke, Taufiq ke atau keampunan. Kita menghinakan diri kepada Allah. Bermaksud kita betul-betul letakkan diri kita di taraf yang bawah, di atas hanya Allah yang berkuasa.
Fedtri turut menasihati agar setiap orang itu harus memperbanyakkan membaca kerana banyak maksud dan kiasan di dalam Bahasa Melayu.
Jadi kena banyak membaca sebab Bahasa Melayu mempunyai banyak maksud, banyak kiasan dan banyak falsafah di sebalik perkataan itu.
Kredit: TikTok Fedtri Yahya
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media