Jenayah rogol bukanlah satu perkara yang boleh dibuat main atau bahan lawak. Bagi mangsa jenayah ini, mereka menghadapi trauma serius sehingga perlu dirawat dengan pakar.
Di Twitter, seorang netizen menyelar sikap tiga orang influencer TikTok yang membuat ‘lawak’ mengenai rogol ketika sesi live. Walaupun hanya suka-suka dan bergurau, mereka haruslah lebih sensitif.
I dont know these people but one thing for sure, tak berapa nak cerdik. Sekian. pic.twitter.com/rWWAJVDmby
Lebih kecewa lagi apabila masing-masing ada jumlah pengikut yang ramai di TikTok sehingga mencecah 1 juta orang. Patutnya mereka bagi contoh yang baik lah kan?
Di ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa tak puas hati dengan lawak yang dibuat tu. Paling tak patut apabila ada ‘background sound’ orang ketawa di belakang.
Sebagai seorang pempengaruh yang ada jumlah pengikut yang ramai, seseorang hendaklah guna kelebihan tu untuk sampaikan mesej yang berguna. Betul tak?