Kalau dulu ustazah yang dikenali sebagai Afifah ini menjadi bualan ramai kerana membuat kenyataan bahawa dayuslah seorang suami yang membenarkan doktor lelaki menjadi bidan kepada isteri, kini Ustazah Afifah dan suaminya kembali meraih perhatian warganet.
Haritu issue makan ubat tahan sakit masuk neraka ni minum susu pulak 😪 Makin lama makin merapu la orang tua ni, tolong la banned depa ni. Orang macam ni la buatkan orang rasa islam tu susah 🤬 pic.twitter.com/JsZ38hdlhF
Menerusi video yang diciap semula seorang pengguna Twitter, Ustazah Afifah dan suaminya menyatakan bahawa minum susu secara berlebihan boleh menyebabkan seseorang itu menjadi rabun.
Dalam kitab Ibnu Qayyim al-Jawziyya, menyebutkan dalam bab berlebih-lebihan minum susu. Ibnu Qayyim menyatakan minum susu berlebihan boleh menyebabkan mata rabun.
Kenyataan dibuat suami kepada Ustazah Afifah itu bagaimanapun tidak dipersetujui rata-rata netizen. Bahkan, ramai warganet yang mempertikaikan suaminya yang mengenakan cermin mata rabun itu.
Habis tu pak cik pakai cermin mata?
Habis tu pakcik pakai cermin mata? Mesti rabun sebab minum susu ustazah banyak sangat https://t.co/nVwHxNj2AH
Di ruangan komen, rata-rata netizen turut berseloroh selepas mendengar kenyataan yang dikeluarkan Ustazah Afifah dan suami mengenai minum susu secara berlebihan itu.