Trending

“Buat Kami Emosi” – Kepulangan Jururawat Ke Malaysia Buat Netizen Nangis

Published on

Ramai netizen yang terkesan dengan video kepulangan jururawat yang tular di media sosial. Video ini telah membuatkan orang ramai sebak dan emosi melihat perjalanan kepulangannya ke Malaysia.

BACA: Jururawat Disahkan Positif ‘Pergi’ Selepas Melahirkan Bayi 26 Minggu

Wanita ini merupakan rakyat Malaysia yang bekerja sebagai jururawat di Singapura. Sudah dua tahun tidak dapat pulang dan terkandas di Singapura, semua pengikut di media sosial mengucapkan ‘welcome home’ kepadanya.

Jadi frontliner tidak mudah

https://ohmedia.my/wp-content/uploads/2021/11/Screen-Recording-2021-11-02-at-9.45.06-PM-1.mov

Pemilik video, @trcyjntm mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang telah mengambil vaksin. Katanya, kerana mereka, akhirnya dia dapat pulang ke tanah air.

Melihat perjalanan video itu memang dapat menitiskan air mata kerana luahan hati wanita ini telah membuatkan semuanya menjadi sebak, walaupun tidak mengenali antara satu sama lain.

Tiba-tiba sebak bila memikirkan saya struggle seorang diri tanpa keluarga, selama dua tahun.

Berdepan dengan pandemik sebagai frontliner bukanlah sesuatu yang mudah.

Tak percaya saya akhirnya boleh pulang ke rumah selepas melalui pelbagai dugaan.

And to all Malaysians, welcome home” ayat ini juga memberi impak yang besar kerana telah mengundang rasa sedih kepada pengikut di Twitter wanita ini. Semuanya mengucapkan selamat pulang kepadanya dan turut bahagia dengan kepulangannya ke tanah air.

Semua menunjukkan rasa bahagia atas kepulangan jururawat ini. Kini, wanita ini masih tidak dapat memeluk dan berjumpa dengan keluarganya kerana perlu kuarantin terlebih dahulu.

Memang meleleh air mata melihat wajah gembiranya berjumpa dengan keluarga yang sudah terpisah lama. Semoga semuanya dipermudahkan buat wanita ini dan keluarganya.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Exit mobile version