Menafikan dakwaan itu, Ammar Nazhan berkata dia tidak teragak untuk ambil tindakan saman. Kata Ammar, pihak media dan pempengaruh dibayar untuk memburukkan namanya?
Tak berdiam diri, jiran melalui Cikgu Mohd Fadli memberi respon tak ‘goyang’ dengan ugutan saman tu sebab pihaknya ada bukti audio dan video.
Jiran siap kata, ‘bring it on‘ lagi tau sebab mereka ada gambar menunjukkan team Youtuber itu parking di depan rumah orang lain tanpa izin.
Kata Cikgu Fadli pula, Youtuber ini silap orang nak gertak kerana penduduk di kawasan kediaman itu semuanya golongan T20 yang kaya raya. Harga rumah di situ pun antara RM2 juta sehingga lebih RM3 juta. Fuh!
Jiran yang buat aduan pasal perangai tak semenggah Youtuber ini pula pemilik rumah bukannya hanya sekadar menyewa. Jadi mereka memang ada hak untuk complain kan?
Apa-apa pun kita tunggu perkembangan lanjut mengenai kes ini.