Trending

Bongkah Konkrit Jatuh, Pemandu Lori Disaman Atas Kecuaian

Published on

Baru-baru ini tular beberapa gambar menunjukkan bongkah konkrit di atas jalan raya di kawasan Lebuh Ampang dari arah Taman Melawati ke Dataran Ukay. Kejadian itu berpunca daripada kecuaian pemandu lori yang mengakibatkan bongkah konkrit jatuh di tempat berkenaan.

Sehubungan itu, pihak polis telah mengeluarkan saman terhadap pemandu berkenaan, lapor akhbar Harian Metro.

Menurut Asisten Komisioner Mohammed Farouk Eshak selaku Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, kejadian berlaku kira-kira 7 pagi menyebabkan laluan trafik sesak di kawasan berkenaan.

“Tidak ada laporan polis dibuat berhubung kejadian, namun polis sudah mengeluarkan saman terhadap pemandu lori terbabit”

Walau bagaimanapun, bongkah konkrit berkenaan sudah dialihkan dan laluan kembali lancar kira-kira setengah jam kemudian.

Pengguna jalan raya dinasihatkan untuk menggunakan laluan alternatif ketika kerja pengalihan dijalankan.

Kredit : Harian Metro

+Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Exit mobile version