Trending

“Boleh Cari Pasangan Baru” – Wanita Ini Berlari Seronok Lepas Dapat Sijil Cerai

Published on

Cerai merupakan salah satu cara berpisah buat pasangan yang telah berkahwin dan tidak mampu meneruskan hubungan rumah tangga.

Perkara ini sering kali dianggap sebagai satu isu yang tidak perlu dihebohkan kepada orang ramai.

BACA: Rujuk Lepas 2 Minggu Cerai, Ini Cara Linda Hashim Dan Beego Baik Pulih Hubungan

Namun, berlainan pula dengan seorang wanita ini yang berlari kegembiraan selepas sahaja mendapat sijil cerai dan menjadi perhatian ramai.

Seronok telah cerai

https://www.tiktok.com/@tinamomami92/video/7231125832968752411?_t=8cKMqz1AAug&_r=1

Video yang tular di TikTok itu memaparkan wanita tersebut berlari ke arah kereta dengan gembira kerana telah mendapatkan sijil cerai miliknya yang sah.

Ya Allah aku telah bercerai ya Allah. Boleh cari pasangan baru. Ya Allah, keluar juga akta ceraiku. Terima kasih ya Allah telah mengakhiri penganiayaan ini.

Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen meluahkan perasaan bercampur baur apabila melihat video tersebut. Tak kurang, ada juga yang tumpang gembira dengan wanita tersebut.

Hm, apa pendapat korang?

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Exit mobile version