Menerusi luahan tersebut, wanita itu mendedahkan bahawa dia yang baru sahaja berkahwin sekitar dua bulan yang lalu begitu buntu dengan perangai adik iparnya yang akan ‘menarik muka’ setiap kali melihat dia dan suami bermanja ataupun berpegangan tangan.
Tak cukup dengan itu, apabila mereka menaiki kereta bersama-sama, adik iparnya itu pasti mahu duduk di bahagian hadapan bersebelahan dengan suami sehinggakan si pengadu terpaksa duduk di belakang.
Walaupun suami dah nasihatkan dia, mesti dia berkeras juga lepas tu merajuk tarik muka.
Tambah wanita itu lagi, dia sangat kasihankan suaminya yang perlu melayan karenah adik iparnya yang seakan cemburu setiap kali suaminya memberikan hadiah kepadanya.
Bila adik ipar tahu suami belikan barang atau bawa saya bercuti, nanti mesti dia request benda sama dekat suami saya. Saya kesian dengan suami saya nak melayan permintaan dia padahal adik dia bekerja.
Tak cukup dengan itu, adik iparnya itu juga sanggup untuk tidak hadirkan diri ketika keluarga mereka mengadakan majlis kenduri hanya kerana si pengadu turut hadir di kenduri berkenaan.
Di akhir luahannya itu, wanita itu meminta agar warganet yang membaca luahannya ini mendoakan agar dia terus kuat dan tabah mengharungi perkara ini.