Terbaru, pembida tersebut dikatakan menghilangkan diri selepas gagal dihubungi peguam plaintif petang tadi. Pihak peguam menunggu pembida membuat bayaran sehingga jam 4.10 petang tetapi dia tidak juga muncul.
Nombor telefonnya juga tidak dapat dihubungi.
Menurut Peguam Zeti Zukifili, lelaki itu memberi alasan mahu ke bank untuk menyelesaikan urusan bidaan. Dia berjanji untuk datang semula selepas semuanya selesai.
Saya berhubung dengannya melalui panggilan dan aplikasi WhatsApp beberapa kali, namun dia memberi alasan urusan di bank belum selesai.
Jelas Zeti lagi, disebabkan lelaki itu gagal dihubungi bidaannya dikira terbatal. Pihaknya akan mengemukakan tarikh baharu di Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk proses lelongan semula.
Difahamkan, deposit berjumlah RM5,000 yang dibayar pembida terbabit juga tidak dikembalikan.