Namun, berbeza pula situasi kali ini di mana seekor ular muncul atas kereta yang sedang dipandu laju oleh dua orang penumpang. Uish, seram betul!
Ular atas kereta
Satu video telah tular di TikTok memaparkan seekor ular menjalar di cermin hadapan kereta terbabit. Walau bagaimanapun reaksi cemas oleh penumpang dan pemandu kereta terbabit lebih menarik perhatian ramai.
“Alah kau belum kena azab kubur” – Pemandu
“Bab*, kau cakap macam pernah masuk kubur lah” – Penumpang
Di ruang komen, rata-rata netizen turut berasa geli hati dan tertawa terhadap reaksi cemas mereka berdua.
Aduh, nasib ular itu akhirnya jatuh juga. Kalau kami pun rasa macam nak nangis tiba-tiba ada ular atas kereta.