Itulah situasi yang berlaku ke atas seorang wanita di Indonesia yang baru sahaja melangsungkan perkahwinannya selama seminggu.
Baru seminggu mentua tanya dah hamil ke belum?
Menerusi hantaran dimuat naik igtainmenttt di Instagram, seorang wanita yang baru sahaja seminggu berkahwin meluahkan perasaannya selepas ibu mentuanya bertanya sudah hamil atau belum.
Wanita itu memaklumkan bahawa mentuanya meminta agar dia melakukan ujian pengesahan kehamilan hanya selepas seminggu dia berkahwin.
Saya baru seminggu berkahwin terus disuruh ambil ujian kehamilan oleh mentua. Dia bertanya kenapa belum mengandung lagi. Ini kerana dua isteri abang kepada suami saya belum mempunyai anak.
Bahkan, mentua beritahu jika saya gagal hamil dalam tempoh sebulan, suami saya disuruh kahwin lain. Saya tertekan kerana suami menurut permintaan mentua.
Saya sayangkan suami, minta beri jalan penyelesaian.
Cari je suami baru
Perkongsian itu mendapat respon dari warganet. Rata-rata mereka bersimpati dengan keadaan yang dihadapi wanita itu.
Macamni punya mentua pun ada, orang tu baru seminggu berkahwin.