Pernah tak korang jumpa pemandu atau penumpang kereta yang tak bertanggungjawab di jalan raya? Mereka dengan sengaja membuang sampah daripada kenderaan di merata-rata tempat tanpa rasa bersalah.
Kadangkala orang macam ni kita kena ‘ajar’ supaya mereka tahu apa itu ‘common sense’. Seperti yang tular di Twitter ini, seorang lelaki turun daripada kereta dan mengutip semula sampah yang dibuang seorang pengguna jalan raya.
Dia mengetuk tingkap dan menghulurkan semula sampah tersebut kepada pemiliknya. Katanya sebelum turun daripada kereta dia sudah membunyikan hon beberapa kali, namun tiada respon.
Member bukak tingkap, buang sampah .
Dah honk 2-3 kali tak jalan.
Tgk traffic light lorong lain baru hijau
Kita bukak seatbelt, ketuk tingkap. Baru pandai sorry2. Dlm hati maki, tapi tegur nada tegas je lah.
Dengan nada tegas individu ini memberikan teguran dan pemilik kenderaan meminta maaf. Individu ini turut meminta orang ramai berhenti mengaitkan isu kenegerian kerana pada ketika itu dia kebetulan berada di Kelantan.
Jelasnya hal kebersihan adalah tanggungjawab individu, tiada kaitan dengan negeri.