Tak nak pakai baju lain, nak pakai baju kerja ayah ke Hari Kanak-Kanak sekolah
Namun begitu, lain pula bagi seorang kanak-kanak perempuan ini apabila dia begitu bangga dengan pekerjaan bapanya yang bekerja sebagai pekerja pembersihan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI).
Menerusi video yang dimuat naik Mohd Anuwar di TikTok, dia meminta anaknya yang bernama Auni itu untuk mengenakan pakaian lain sempena Hari Kanak-Kanak sekolah yang bertemakan kerjaya.
Namun, anaknya tetap bangga dan memilih untuk memakai pakaian kerjanya ke sambutan tersebut.
Hari Kanak-Kanak sedunia. tema kerjaya. Aku suruh dia cari baju lain, dia pilih baju kerjaya ayah juga.
Alahai anak, dia kata ayah kerja ni pun bagi kami makan tempat tinggal.
Di ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan kanak-kanak itu yang begitu berbangga dengan pekerjaan bapanya.