Hari tersebut pasti akan ditunggu-tunggu semua bakal pengantin kerana mereka bakal memulakan hidup baharu bersama orang yang mereka sayang dan cintai.
Ayah meninggal 3 jam sebelum nikah
Namun, lain pula pengalaman yang dirasai seorang bakal pengantin perempuan ini apabila bapanya dikhabarkan pergi buat selama-lamanya tiga jam sebelum majlis pernikahannya.
Menerusi video dimuatnaik seorang jurusolek bernama Intan Nurdiyana, dia yang ketika itu sedang bersiap sedia menjalankan tugasnya untuk menyolek pengantin tersebut terkejut apabila mendapat berita daripada bakal pengantin yang memaklumkan bahawa bapanya baru sahaja meninggal dunia.
Difahamkan juga, pengantin wanita tersebut pada awalnya tidak mahu meneruskan majlisnya namun atas nasihat dari pihak keluarga, majlis tersebut tetap diteruskan atas faktor pelbagai persiapan telah dilakukan.
Kuatnya dia
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan ucapan takziah ke atas pengantin wanita berkenaan disamping ada yang memujinya kerana begitu kuat untuk meneruskan majlis tersebut.