Seperti yang kita tahu, ketika ini negeri Kelantan dan Terengganu sedang menghadapi dengan bencana banjir yang agak teruk sehinggakan banyak nyawa yang terkorban.
Menyedari musibah yang melanda kedua negeri di Pantai Timur itu, Kerajaan Negeri Selangor mengumumkan akan memberikan sumbangan bagi meringankan segala beban dihadapi.
Menginsafi musibah yang dihadapi oleh rakan-rakan di Kelantan dan Terengganu akibat banjir, Kerajaan Negeri Selangor pada hari ini mengumumkan bantuan RM 500 ribu utk setiap Negeri Kelantan & Terengganu. Pasukan sukarelawan SERVE & PANTAS turut akan dihantar bagi membantu. pic.twitter.com/mBBHnJgvn7
Menerusi ciapan dibuat Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari di Twitter, kerajaan pimpinannya akan memberikan sumbangan bernilai RM500,000 buat kedua negeri itu.
Bukan itu sahaja, mereka juga akan menghantar pasukan sukarelawan bagi membantu mangsa-mangsa banjir di sana.
Menginsafi musibah yang dihadapi oleh rakan-rakan di Kelantan dan Terengganu akibat banjir, Kerajaan Negeri Selangor pada hari ini mengumumkan bantuan RM 500 ribu untuk setiap Negeri Kelantan & Terengganu.
Pasukan sukarelawan SERVE & PANTAS turut akan dihantar bagi membantu.
Di ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan terima kasih buat MB Selangor itu yang prihatin dan cakna terhadap musibah yang menimpa rakyat di Kelantan dan Terengganu.