Oh! Artis

Baby Shima Tampil Jawab Isu Minum Susu Daripada Botol

Published on

Penyanyi Baby Shima tampil menjawab isu video minum susu yang dimuat naiknya di akaun Instagram baru-baru ini merupakan satu insiden kontroversi.

Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli berkata video berkenaan dirakam hanya sekadar mahu memberitahu botol minuman tersebut dianggap unik.

Aik, kontroversi? Tu kan saya tengah tunjuk dekat followers saya yang air itu unik. Itu sahaja.

Tambahan, sewaktu ditanyakan berkenaan penglibatannya dalam konsert berkenaan yang mungkin akan dipolitikkan, Baby Shima berkata perkara tersebut perlu diajukan kepada pihak penganjur.

Maaf, soalan saya rasa salah… sepatutnya tanyakan pada organizer sebab mereka yang berhempas pulas kerja dengan kos untuk menjayakan konsert ini.

Kalau kami ni artis yang bekerja untuk menjayakan konsert ini sahaja.

Tak ada persiapan. Langgar je. Perform macam biasa. Apa yang keluar waktu persembahan, itu jadinya.

Saya juga tak sabar untuk beraksi sepentas dan membawa rakan-rakan dari Indonesia untuk bergoyang di Malaysia. Harap genre dangdut dapat kembali memeriahkan industri.

BACA: Lelaki Ajak Baby Shima Lakukan Hubungan S*ks Bersama, Tanya Berapa Deposit Untuk 2 Jam Langganan

Kredit: Instagram

+Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Exit mobile version