Mereka yang ingin mendirikan rumah tangga perlu menyediakan jumlah wang yang mencukupi bagi menampung majlis perkahwinan mereka nanti. Bukan itu sahaja, bahkan mereka juga perlu mempunyai sumber kewangan yang kukuh bagi mengharungi kehidupan selepas berkahwin.
Sebut sahaja mengenai perkahwinan, pasti ia akan berkait rapat dengan wang hantaran. Sudah pasti ia akan membuat si teruna menggeletar setiap kali bercakap mengenainya kerana bimbang wang hantaran yang bakal diminta keluarga pihak wanita terlalu tinggi.
Minta bakal menantu rendahkan lagi wang hantaran
Namun, berbeza pula dengan seorang pengguna Twitter yang bernama Kaiser Fariz ini yang berkongsi satu ciapan mengenai perbincangannya bersama bakal menantu.
Nak kongsi cerita masa anak perempuan dipinang orang. A week before rombongan sampai bakal menantu dah dtg nak bincang pasal duit hantaran. My wife & mom serahkan bulat2 pada saya to decide. So menantu cakap nak bagi 20k hantaran. Saya tanya balik, “pasti ke?”…
Menerusi ciapan yang dikongsikan itu, Fariz yang ditawarkan wang hantaran bernilai RM20 ribu menyatakan bahawa nilai hantaran sebanyak itu terlalu tinggi dan meminta bakal menantunya untuk merendahkan lagi nilai hantaran.
Hal ini kerana, Fariz menjelaskan kepada bakal menantunya itu bahawa mereka akan memerlukan wang yang banyak bagi mengharungi kehidupan selepas berkahwin.
Selepas beberapa kali berbincang, Fariz dan bakal menantunya akhirnya bersetuju dengan nilai wang hantaran berjumlah RM15 ribu.
Sungguhpun begitu, Fariz turut mengatakan bahawa sekiranya bakal menantunya itu menawarkan nilai wang hantaran yang lebih rendah sekalipun, dia tetap akan menerimanya.
Netizen puji tindakannya yang tidak ‘menjual anak’
Perkongsian Fariz ini mendapat respon dari warganet. Rata-rata mereka memuji tindakan Fariz yang prihatin dengan kehidupan yang bakal dihadapi anak-anak. Ada juga yang turut berkongsi pengalaman mereka yang seakan sama dengan kisah dikongsikan Fariz itu.
Alhamdulillah, masih ada lagi ibu bapa yang berfikiran terbuka seperti ini.