Trending

“Atas Kuasa JAIS” – Kuliah Ustaz Azhar Idrus Di Selangor Dibatalkan

Published on

Penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus menerusi makluman terkini di Facebook memberitahu kuliah Maghrib Perdana yang diadakan di Masjid Tengku Ampuan Bukit Jelutong pada 26 Febuari 2023 terpaksa dibatalkan atas kuasa Jabatan Agama Negeri Selangor.

Kuliah pada tarikh tersebut akan ditukarkan ke Masjid Ar-Rahimah Kg Pandan, Kuala Lumpur. Dalam hantaran itu, beliau memohon maaf kepada rakyat Selangor kerana tak dapat menyampaikan kuliah di negeri tersebut.

Kuliah maghrib Ustaz Azhar Idrus di Selangor dibatalkan

Perkongsian itu ternyata mengundang rasa kecewa peminat penceramah ini yang sudah teruja mahu mengikuti kuliahnya. Netizen turut mempersoalkan atas alasan apa pembatalan dibuat Jais.

BACA: “Bukan Apa Risau Juga Zaman Sekarang Ni” – Netizen Berang Lihat Pemuda Selamba Pegang Janggut UAI

Kredit: Facebook Ustaz Azhar Idrus

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Exit mobile version