Trending

“Apa Berlaku Mengajar Alif Banyak Perkara” – Alif Teega Serah Semua Aset, Mengaku Aisyah Isteri Yang Baik

Published on

Pempengaruh islamik terkenal, Alif Teega mengesahkan dia telah menyerahkan sepenuhnya harta sepencarian sepanjang perkahwinan kepada isteri, Aisyah Hijanah.

BACA: Tak ‘Kalut’ Minta Cerai, Aisyah Hijanah Setel Isu Harta Sepencarian Dan Syarikat

Aset sepencarian tersebut adalah syarikat Hijanah, kereta, rumah dan harta-harta yang lain. Sebagai suami, dia yakin Aisyah dapat menerajui syarikat dengan baik dan dia akan sentiasa menyokong dari belakang.

Jelas pempengaruh ini, apa yang berlaku telah mengajarnya banyak perkara dan Aisyah tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai isteri.

Sehingga ke hari ini, Aisyah adalah isteri yang baik dan membantu dirinya juga untuk menjadi suami yang lebih baik.

Kredit: Instagram Alif Teega

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version