Rakaman video seorang wanita menghulurkan minyak masak kepada tukang masak di kedai makan telah mendapat perhatian netizen di TikTok. Rata-rata terhibur dengan tindakan ibu kepada pemilik video tersebut.
BACA: “Kenapa Tak Pakai Batik?” – Netizen Persoal Pakaian Ismail Sabri, Anggap Kurang Formal
Iskandar Zamuel telah memuat naik sebuah video yang menunjukkan ibunya menghulurkan botol minyak masak kepada pekerja di kedai makan.
Minyak habis, kedai nak tutup
Menurut Iskandar, dia bersama keluarganya baru saja selesai membeli barang di pasar raya dan mahu makan di salah sebuah kedai makan yang berdekatan.
Kejadian ini bermula apabila ibunya sedih kerana kedai makan tersebut dah nak tutup dan kehabisan minyak.
Tanpa segan silu, ibunya terus menuju ke troli untuk mengambil minyak masak yang baru saja dibeli dan diberikan kepada tukang masak tersebut.
Kita pula malu, memang tiada alasan la kalau dengan mak-mak. – Iskandar
Setelah selesai masak, tukang masak itu pun memulangkan semula lebihan minyak yang diberikan.
Netizen yang menonton video tersebut semuanya terhibur dan mengatakan ibu Iskandar ini another level. Ada yang kata mujur ibunya tak masuk sekali dalam dapur untuk memasak! Hahah.
Ada juga yang kata pernah buat macam ni, bagi tukang masak kuey teow sebab kedai yang dia pergi dah kehabisan mi.
Macam-macam lah ragam manusia ni. Korang ada yang pernah buat macam ni ke? Hehe.
Kredit: TikTok
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media