Dalam perkongsian ibu Malik ElFikry di Facebook, anaknya yang merupakan ketua kelas ditendang secara curi-curi selepas menegur tindakan rakannya menyebar video lucah dalam group Whatsapp sekolah.
Menurut si ibu, anaknya segera dikejarkan ke hospital dan menurut doktor yang merawat, jika tendangan terkena bahagian bawah sikit, anaknya mungkin tak dapat ‘survive’.
Meluahkan rasa sedih, ibu berkata anaknya memang dididik dengan penuh empati sejak kecil. Anaknya tak suka keganasan dan kekerasan.
Dia berasa sangat kesal apabila anak orang lain sanggup buat sesuka hati hanya kerana ditegur.
Jiwanya penuh empati hasil didikan dari kecil bergaul dengan gelandangan, anak-anak yatim, Orang Asli dan golongan vulnerable.
Dalam perkembangan terkini, Fikry sudah boleh menggerakkan kaki dan tangan. Ujian MRI juga akan dibuat untuk mengesan kecederaan dalaman.
Tambah si ibu, laporan polis mengenai kejadian turut dibuat. Sama-sama kita doa semoga adik Fikry cepat sembuh.