Oh! Artis
Amira Othman Buka Mulut Lepas Kecoh Berita Bakal Terima Fattah Amin Sebagai Suami
Amira Othman akui Fattah Amin calon suami terbaik kerana sikap terpuji, majlis nikah live 14 September ini.
Menjelang detik bahagia yang semakin hampir, penyanyi Amira Othman akhirnya membuka cerita tentang keistimewaan pelakon terkenal, Fattah Amin, yang berjaya menambat hatinya.
Rupa-rupanya, bukan kerana populariti, tapi kerana sikap terpuji Fattah sendiri. Menurut Amira atau nama sebenarnya, Nadia Amira Othman, 32, Fattah bukan sahaja lelaki yang baik, malah juga seorang anak yang tahu menjaga tanggungjawab.
Bagi saya dia memang seorang lelaki yang baik, malah juga anak yang baik.- Katanya penuh yakin.
Amira Othman yakin Fattah Amin pilihan suami terbaik…
Amira turut menambah bahawa kepercayaan adalah asas utama dalam hubungan mereka, selain percaya komunikasi mampu jadi kunci keharmonian rumah tangga.
Nak cakap lebih-lebih pun nanti orang kata kau belum kahwinlah apalah kan. Tapi saya yakin kalau dia orang yang baik, semuanya boleh dibincangkan. Itu saja yang saya rasa saya perlukanlah.- Jelasnya lagi.
Amira Othman lega dapat tunaikan harapan peminat…

Bagi Amira, dia berasa lega kerana dapat berkongsi berita gembira ini dengan peminat yang selama ini sentiasa menyokongnya.
Dalam masa sama, Fattah Amin juga tidak lokek berkongsi rasa cinta apabila menyifatkan Amira punya keperibadian lemah lembut dan adab yang membuatkannya jatuh hati.
Sekadar info, majlis ijab kabul pasangan ini bakal disiarkan secara langsung menerusi Unifi TV pada 14 September, Ahad ini jam 8 malam.
Pssttt! Korang, bila masuk bab perkahwinan ni memang semua orang impikan pasangan yang baik. Tapi jangan lupa, hubungan bahagia bukan datang sebab cinta semata-mata. Kepercayaan dan komunikasi tu kunci utama. Kalau dua benda ni dijaga, insyaAllah rumah tangga jadi lebih tenang dan berkat.
Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Ingat Oppa Sweet Macam Dalam K-Drama? Aisyah Bongkar Realiti Sebenar Di Korea! | Oh! Podcast Ep 18
OH! MEDIA 29/10/2025 3:17 PM