November lalu, usahawan dan juga Instafamous, Nuramirah membuat pendedahan mengejutkan mengenai masalah rumah tangganya yang tidak berkesudahan.
Lebih mengejutkan apabila Nuramirah mengatakan dia mengalami tekanan perasaan. Dakwa usahawan ini lagi dia telah menuntut cerai secara hakam namun tidak mendapat kerjasama baik daripada suaminya.
Terbaru, ibu kepada dua anak ini memuat naik perkembangan terbaru mengenai masalah rumahtangganya. Selepas lebih setahun di mahkamah, dia akhirnya bertukar ‘status’.
Usahawan dah berubah status
Dalam hantaran lain, usahawan ini mengucapkan syukur akhirnya urusannya selesai selepas hampir dua tahun berjuang. Kini, dia hanya menumpukan perhatian kepada perniagaan dan anak-anak.
Dia turut berterima kasih kepada para pengikut yang sentiasa memberikan kata-kata semangat dan doa buatnya selama ini.