Dimusim wabak Covid-19 ini sudah semestinya memberikan banyak kesan kepada seluruh masyarakat di Malaysia mahupun di luar negara. Dalam pada itu juga, banyak juga terjadi kejadian yang berkaitan rumah tangga di musim virus ini.
Kejadian ini berlaku di Amman, Jordan yang mana seorang lelaki menceraikan isterinya yang sudah 15 tahun bersama akibat dijangkiti Covid-19 kerana khuatir akan dijangkiti oleh virus itu.
Menurut lelaki itu, penceraian yang dibuat adalah sebagai tanda hukuman kepada isterinya kerana melakukan kecuaian yang menyebabkan dia dijangkiti Covid-19 sebanyak 3 kali dalam beberapa bulan ini.
Lelaki tersebut juga berkata bahawa dia tidak akan merujuk isterinya kembali walauapapun yang terjadi oleh kerana kesalahan isterinya yang gemar keluar membeli belah dengan kerap menyebabkan isterinya dijangkiti sebanyak 3 kali.
Saya tidak mahu mati kerana kecuaiannya itu
Setakat ini, Jordan yang mempunyai lebih kurang 10 juta penduduk telah merekodkan jangkitan sebanyak 659,250 kes termasuk 7,646 kematian dan 581,170 direkodkan sudah sembuh.
Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, negara itu menyaksikan lonjakkan jumlah jangkitan Covid-19 yang belum pernah berlaku sebelum ini.