Trending

Akhirnya, Long Tiger Berjaya Diberkas!

Published on

Setelah lama menyembunyikan diri, lelaki Rohingya yang dikenali sebagai Long Tiger yang melarikan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak pada 15 Disember lalu, akhirnya berjaya diberkas polis.

BACA: Lindungi Long Tiger, Pasangan Suami Isteri Ditahan

Menerusi laporan Kosmo, Long Tiger berjaya ditahan polis dalam satu operasi khas yang dijalankan di sekitar utara Johor.

Sebelum ini, pasangan suami isteri telah ditahan kerana bersubahat melindungi Long Tiger, atau nama sebenarnya Abdul Hamim Ab Hamid.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay difahamkan akan mengadakan sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor pada hari esok.

Sama-sama kita nantikan sidang akhbar mengenai Long Tiger esok. Setelah 13 hari bersembunyi, akhirnya jatuh juga ke tangan polis! Alhamdulillah.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Exit mobile version