Trending

Adidas Umum Wayang Kulit Asal Dari Budaya Malaysia Buat Netizen Indonesia ‘Koyak’

Published on

Netizen Indonesia koyak dengan Adidas? Kecoh betul sekarang ni lepas jenama barangan sukan popular dunia, Adidas mengeluarkan koleksi kasut baharu bertemakan wayang kulit. Apa yang membuatkan netizen Indonesia koyak adalah apabila Adidas mengumumkan koleksi wayang kulit itu diinspirasi dari seni budaya Malaysia.

Patutlah koyak, kalau ia melibatkan Malaysia mana mungkin netizen Indonesia nak duduk diam gais…

Adidas Singapura melancarkan model kasut UltraBOOST SEA DNA CITY PACK dengan tema wayang kulit. Netizen Indonesia kemudian dilihat menyerang posting berkenaan yang dinaikkan oleh Adidas Singapura di Instagram (adidassg). Mereka mendakwa bahawa wayang kulit itu berasal dari negara Indonesia dan bukannya Malaysia.

Wayang kulit is ‘Indonesian Culture’, kata mereka..

Ada puluhan ribu komen yang menyatakan ‘wayang’ adalah asalnya dari Indonesia. Siap bagi link unesco yang menyatakan wayang itu berasal dari kepulauan Java. Disebabkan itu, pihak Adidas Singapura dilihat menukar semula caption dengan menyatakan wayang kulit itu berasal dari Indonesia.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Exit mobile version