Kira-kira seminggu yang lepas kecoh di media sosial apabila penceramah bebas, Ustaz Kazim Elias tidak dibenarkan untuk memberi ceramah di Pulau Pinang selepas tersenarai dalam 16 individu yang tidak mempunyai tauliah mengajar daripada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).
Antara nama lain yang tersenarai termasuklah Datuk Ahmad Husam Baderudin, Ahmad Dusuki Abdul Rani, Yusni Mat Piah, Dr Abdullah Yassin, Prof Madya Dr Muhamad Rozaimi Ramle, Salman Ali, Maulana Fakhrurrazi, Mohd Rizal Azizan dan Halim Hassan.
“Saya tak ada tauliah, hamba Allah ini bagaimana?”
Terbaru, Ustaz Ahmad Dusuki yang juga tersenarai dalam 16 individu tersebut tampil meluahkan rasa tidak puas hatinya menerusi satu hantaran di Instagramnya.
Menerusi hantaran dibuatnya itu, Ustaz Ahmad Dusuki memuat naik gambar Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan telah memberikan ceramah di sebuah masjid yang terletak di Pulau Pinang.
Menurutnya, sekiranya dia tidak boleh memberikan ceramah kerana tidak mempunyai tauliah mengajar tapi mengapa penyandang kerusi Parlimen Port Dickson itu pula dibenarkan memberi ceramah di masjid?
Anwar hanya berhenti singgah untuk solat di masjid sahaja
Walau bagaimanapun, terdapat seorang pengguna Twitter tampil mendedahkan situasi sebenar yang berlaku.
Ada saksi yang turut hadir di masjid ini. Dia cakap Anwar tak cakap langsung pasal politik..dia tekankan keadilan dalam islam dan kasih sayang. Di masjid tu dia singgah ja. PA Anwar cakap yang DSAI nak berhenti solat maghrib dan berehat di masjid tu.. pic.twitter.com/67Rcr2TWkE