Abang Ali atau nama sebenarnya Ali Sulaiman yang merupakan seorang aktivis Persatuan Pengguna Semboyan 1 Malaysia meninggal dunia hari ini.
Menurut satu perkongsian yang dimuatnaik Yusuf Azmi, Pengerusi Persatuan tersebut di laman Facebooknya memaklumkan perkara ini sebentar tadi.
Yusuf memaklumkan yang dia kini dalam perjalanan ke Hospital Muar, Johor untuk menuntut dan memandikan jenazah arwah Abang Ali.
Mohon maaf, saya tidak dapat jawab sebarang panggilan.
Menurut laporan Astro Awani, Allahyarham terlibat dalam kemalangan motosikal di jalanraya Pagoh, Johor.
Apapun, semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Takziah kami ucapkan buat keluarga dan sahabat-sahabat seperjuangan Abang Ali. Al-Fatihah.