Trending

7 Kanak-Kanak Lari Dari Rumah Penjagaan, Motif Utama Dikenalpasti

Published on

Di Kuantan, Pahang, pihak polis telah melancarkan operasi mencari tujuh kanak-kanak lelaki melarikan diri daripada rumah penjagaan.

BACA: Kanak-Kanak 9 Tahun Jadi Wira, Selamatkan Nyawa Dua Adik Daripada Terbakar

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang, Zulkhairi Zainol Abidin berkata, berdasarkan siasatan awal, kanak-kanak berkenaan bertindak melarikan diri dipercayai kerana ingin mencari ahli keluarga mereka termasuk ibu bapa.

Kita percaya mereka masih lagi berada di daerah ini dan turut sama meminta kerjasama masyarakat yang melihat tujuh kanak-kanak ini supaya memaklumkan kepada JKM atau polis.

Beliau berdoa agar kanak-kanak tersebut ditemui dalam keadaan baik.

Foto: Sinar Harian

Sementara itu, Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf turut meminta kerjasama orang ramai untuk mengesan kanak-kanak berumur antara 12 dan 15 tahun itu yang mungkin berlindung di tempat tertentu.

Beliau menyeru sesiapa yang melihat kanak-kanak dalam keadaan mencurigakan, segera memaklumkan kepada pihak polis.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Exit mobile version