Trending

3 Kenderaan Polis Dilihat Masuk Di Kawasan Kediaman Ebit Lew

Published on

Petang tadi terjawab lah sudah siapa pendakwah bebas yang dipanggil ke balai polis Bukit Aman bagi membantu siasatan kes gangguan seksual. Ustaz Ebit Lew turut bertemu media dan menjelaskan beberapa perkara.

BACA: “Saya Maafkan Sesiapa Saja..” – Ebit Lew Biar Pihak Polis Uruskan Kes

Bagaimanapun, sebaik sahaja selesai memberikan keterangan, sebanyak 3 kenderaan polis dilihat memasuki kawasan kediaman Ebit.

Gambar kenderaan polis ini diambil pada jam 4.15 petang tadi dan kenderaan dengan logo badan kebajikan Ebit turut dilihat memasuki kediaman terbabit.

Nampaknya siasatan sedang giat dilakukan pihak polis. Rombongan tiga buah kenderaan polis ini kemudian dilihat keluar dari kawasan rumah Ebit sejam kemudian, 5.13 petang.

Ebit yang berjumpa media petang tadi hanya memaklumkan dia dipanggil polis untuk menjadi saksi bagi melancarkan proses siasatan. Sedar dengan tuduhan dan fitnah yang dilemparkan ke atas dirinya pada waktu ini, Ebit hanya memaafkan sesiapa saja yang terlibat.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Exit mobile version