Video yang diambil individu itu menunjukkan Zainal dan Fyna mesra makan bersama. Rata-rata netizen berasa terkejut melihat video terbabit kerana mereka masih rapat walaupun didakwa sudah berpisah bulan Mei lalu.
Terbaru! Menerusi satu video dimuat naik Astro Arena di Instagram, Zainal Abidin akhirnya tampil perjelaskan hal sebenar secara ringkas.
Kata jurulatih bola sepak itu, pertemuan di sebuah restoran itu adalah untuk menyelesaikan semua masalah ataupun hal mengenai perceraian bersama Fyna Jebat.
Ye betul, memang itu saya dengan bekas isteri.
Dalam pada masa yang sama, Zainal berkata dirinya serta Fyna sudah pun berpisah dengan cara baik tanpa ada sebarang perselisihan faham.
Sekadar info, awal tahun lalu, berita mengenai perkahwinan Fyna Jebat dan Datuk Zainal Abidin didedahkan sendiri oleh penyanyi tersebut.