Uish, berapa lama dah ular gergasi ni tinggal dekat kawasan perumahan? Hari ini ramai terkejut melihat satu rakaman menunjukkan seekor ular sawa bersaiz gergasi berlingkar di kawasan Elmina, Shah Alam.
Reptilia itu dilihat berlingkar menaiki bukit dan sempat dirakam penduduk taman. Apa yang menyeramkan, saiz ular sawa ini terlihat sama dengan saiz tiang lampu.
Seorang penduduk turut berkongsi kawasan Elmina ini dulunya merupakan ladang pokok sawit.
Elmina ni kawasan sawit. Masa saya kecil, kawasan Elmina tu pokok je. Elmina pun tengah bangunkan kawasan baru. Jadi habitat ular sawa terancam. Harap dapat selesaikan secepat mungkin.