Oh! Tidak

“Tak Rempit Depan Kita, Belakang Kita?”, Komen Individu Ini Terhadap Kes Arwah Zaharif Dikecam Netizen

Published on

Baru-baru ini, rakyat Malaysia digemparkan dengan berita tragis yang telah menimpa adik Allahyarham Muhammad Zaharif Affendi selepas dilanggar suspek yang juga merupakan anggota polis.

Tragedi ini sememangnya memberi kesan yang mendalam di kalangan masyarakat Malaysia dan turut bersimpati kepada ahli keluarga mereka.

Bapanya Muhd Zamrie Zainal Abidin juga pernah menjelaskan dalam satu video bahawa arwah bukanlah merempit hingga perlu dilanggar hingga meninggal dunia.

Namun, pada video berkenaan terdapat komen seorang individu lelaki yang tidak sensitif ini sememangnya meraih perhatian ramai.

Tak rempit… depan kita, belakang kita…?

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen berasa geram dengan tindakan individu yang meninggalkan komen berkenaan seolah-olah berpihak kepada si pelaku yang telah melanggar arwah Zaharif.

BACA: “Dua Tayar Lenyek..” – Saksi Kejadian Cerita Situasi Depan Mata, Tampil Buat ‘Report’

Sebelum ini, seorang pelajar tingkatan lima meninggal dunia selepas dilanggar suspek yang merupakan pegawai kanan polis.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


Exit mobile version