Baru-baru ini, tular satu video di media sosial yang memaparkan seorang petugas kesihatan wanita seronok merakam video sewaktu berada di dalam ambulans untuk tujuan peribadi.
Difahamkan, wanita berkenaan adalah pembantu perawatan kesihatan (PPK) yang sedang merakam dirinya manis tersenyum serta turut merakam keadaan di luar ambulans dengan perlihatkan kereta-kereta yang dipintas.
Walaupun tidak pasti sama ada kapsyen yang ditulis itu merujuk kepada ambulans yang dipandu laju atau kereta yang melalui lorong kecemasan, tetapi tindakan pembantu kesihatan itu merakam sewaktu sedang bertugas sememangnya menjadi persoalan netizen.
Dalam pada itu, wanita berkenaan sempat merakam keadaan sekeliling dalam ambulans yang turut ada pesakit warga emas sedang terbaring.
Menerusi video berkenaan, pesakit kelihatan sedang tenat tetapi petugas terbabit tetap merakam sambil tersenyum, malah di akhir video dia sempat membuat aksi seolah-olah memberi ciuman serta menjelir lidah.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan tindakan petugas wanita tersebut serta menimbulkan kebimbangan kerana ia boleh mencalarkan imej baik petugas kesihatan.
Sementara itu , ada juga netizen memaklumkan ambulans itu bukan milik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berdasarkan hotline yang tertara di tingkap kenderaan terbabit.
Sebelum ini kami ada kongsikan cerita mengenai seorang wanita mendakwa dia diganggu oleh seorang lelaki yang merakam dirinya ketika sedang membuang air kecil di tandas awam.