Oh! Tidak
“Peliknya Mak Tak Larang” – Lelaki Dicekup Hanya Berseluar Dalam Dengan Isteri Orang Di Rumah Keluarga
Pasangan kekasih dicekup penguat kuasa JAINJ ketika tidur di ruang tamu rumah.
Tular satu perkongsian di Facebook oleh akaun Penguatkuasa JAINJ 2025 yang menceritakan kisah penangkapan seorang lelaki bersama isteri orang di sebuah rumah teres dua tingkat di Segamat, Johor. Kejadian itu dilaporkan berlaku sekitar jam 12.30 malam.
Lena dalam pelukan, anak-anak di sebelah

Menurut hantaran tersebut, penguat kuasa yang tiba di lokasi mendapati pintu pagar rumah terbuka dan pintu utama tidak berkunci.
Sewaktu pemeriksaan dijalankan, kedengaran suara lelaki sedang tidur di ruang tamu. Apabila lampu dihidupkan, kelihatan seorang wanita dan lelaki sedang nyenyak tidur bersama di ruang tamu.
Kelihatan juga dua orang kanak-kanak turut tidur berdekatan mereka. Wanita berkenaan dilaporkan sudah berkahwin, manakala lelaki tersebut masih bujang.
Pemeriksaan lanjut mendapati ibu kepada lelaki itu serta beberapa adik-beradiknya turut berada di rumah ketika kejadian tetapi sedang tidur di tingkat atas.
Ditahan bawah Seksyen 27 kesalahan khalwat

Pasangan tersebut kemudian ditahan di bawah Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Johor 1997 atas kesalahan khalwat.
Menurut perkongsian itu lagi, wanita terbabit kini berstatus isteri orang dan mempunyai dua anak kecil berusia dua serta empat tahun.
Lebih menyedihkan apabila situasi ini diketahui ibu kepada lelaki berkenaan, tetapi hanya berdiam diri.
Pssttt! Apa pun alasannya, tindakan sebegini tetap salah di sisi undang-undang dan agama. Semoga jadi pengajaran untuk semua.
Kredit: Penguatkuasa JAINJ 2025
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Ingat Oppa Sweet Macam Dalam K-Drama? Aisyah Bongkar Realiti Sebenar Di Korea! | Oh! Podcast Ep 18
OH! MEDIA 29/10/2025 3:17 PM