Ada yang mengkritik tindakan ini yang dianggap mencemar, memperlekeh serta menjatuhkan kemuliaan pakaian Sayyidatina Fatimah Az Zahra.
Lagi pun, seorang wanita Islam memang diharamkan daripada meliuk lentok di hadapan ajnabi kan? Tetapi ada juga yang bersikap terbuka memuji instructor zumba berkenaan menutup aurat dengan sempurna ketika bersenam.
Aik macam tu pun ada? Di ruangan komen, netizen bersetuju tindakan wanita ini telah mengundang pandangan serong masyarakat kepada wanita berpurdah. Nampaknya kena kaji semula apa tujuan memakai niqab kan?