Oh! Tidak

“Mana Korang Belajar?” – Individu Dakwa Hospital Melaka Cuai Jadi Punca Tangan Bayi Bengkak

Published on

Hari ini, timbul satu lagi dakwaan tentang kecuaian yang dilakukan pihak hospital Melaka. Pendedahan ini dilakukan seorang individu di Facebook yang dikenali sebagai Mohamad Izwan.

Individu itu mendakwa anak saudaranya yang masih berusia kurang 2 bulan mendapatkan rawatan di Hospital Melaka kerana demam campak. Bagaimanapun, lain pula yang jadi selepas doktor meminta untuk lakukan pembedahan mengeluarkan nanah di bahagian tangan yang bengkak.

Soal Izwan, apa yang mereka telah lakukan sehingga menyebabkan tangan bayi itu boleh bengkak?

Sudah 11 hari dalam hospital, bahagian tangan yang dimasukkan jarum membengkak…

Ketika ini masih belum ada sebarang kenyataan dari pihak Hospital Melaka dan diharapkan bayi ini sihat seperti biasa.

Kredit: Facebook

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version