Baru-baru ini tular di TikTok video memaparkan seorang lelaki disyaki berada di bawah pengaruh alkohol menunjukkan vest polis kepada orang ramai.
Video yang ditularkan oleh pemilik akaun Tommy.Tan 2 telah menerima perhatian pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Susulan itu, pihak polis telah membuat semakan dan mendapati kejadian berlaku di Jalan Air Itam, Pulau Pinang.
Ketua Polis Daerah Timur Laut Pulau Pinang, Asisten Komisioner Razlam bin Ab Hamid menjelaskan lelaki di dalam rakaman tersebut merupakan seorang pegawai kanan polis yang sedang dalam proses tindakan tatatertib jabatan.
Sehubungan itu, beliau memohon orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian tular itu.